PANDUAN PENYEDIAAN LAMAN WEB PUSAT TANGGUNGJAWAB
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sumber : Garis Panduan Laman Web UTHM

PASUKAN TADBIR URUS LAMAN WEB PTj

1. Pengerusi (Dekan /Pengarah/Ketua PTJ)
• Bertanggungjawab terhadap keseluruhan laman web dibawah seliaan masing-masing.

2. Pentadbir Laman Web

• Bertanggungjawab dalam mengemaskini dan juga sebagai wakil untuk berhubung terus dengan Jawatankuasa Laman Web Universiti.

3. Web Editor (B. Melayu dan B. Inggeris)
• Bertanggungjawab dalam mengumpul, menyedia, menyemak dan menyunting sebarang bentuk artikel untuk terbitan di laman web masing-masing.

PRINSIP ASAS
  1. Menjadi saluran rasmi
  2. Mengandungi maklumat rasmi
  3. Perkhidmatan
  4. Berterusan
  5. Maklumat sentiasa dikemaskini, lengkap dan sahih.
  6. Mesra pengguna
  7. Mempromosi universiti
  8. Memberi penjelasan isu-isu berkaitan
  9. Penggunaan bahasa yang betul
  10. Menyokong kerajaan elektronik
  11. Kesediaan dan keupayaan perkakasan, perisian dan rangkaian
  12. Keberkesanan kos


SENARAI KEPERLUAN KANDUNGAN

  1. Menyediakan penyataan perkataan laman web rasmi ptj/fakulti.
  2. Meletakkan logo rasmi universiti
  3. Menyediakan penyataan pengenalan PTj/Fakulti. (Menerangkan tujuan, objektif dan matlamat ptj/fakulti)
  4. Memaparkan piagam pelanggan
  5. Menyatakan perkhidmatan online yang disediakan oleh PTj/Fakulti
  6. Menyediakan maklumat untuk dihubungi spt pegawai, alamat, telefon (no tel/fax perlu disertakan dengan kod negara/kawasan), fax dan emel(emel dalam bentuk statik untuk elak spamming)
  7. Memaparkan FAQ
  8. Menyediakan penyataan penafian terhadap sebarang kerosakan yang dialami pengguna semasa melayari laman web. Cth: Penafian , UTHM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat didalam laman web ini.(rujuk laman web UTHM)
  9. Menyediakan dasar privasi yang merupakan dasar agensi dalam mengurus, melindungi dan mengedar maklumat sensitif. (rujuk laman web UTHM)
  10. Menyediakan Dasar Keselamatan yang merupakan dasar diguna pakai oleh sebuah agensi dalam mengurus melindung dan mengedar maklumat sensitif. (rujuk laman web UTHM)
  11. Menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memberi komen,maklumbalas, pertanyaan dan cadangan. PTj/ Fakulti hendaklah memberi respon dan maklum balas terhadap pertanyaan dan cadangan yang diterima.
  12. Menyediakan kemudahan enjin carian
  13. Menyediakan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu yang mana Bahasa Inggeris sebagai default.
  14. Menyediakan pautan ke laman web agensi lain yang berkaitan
  15. Menyediakan peta laman (Site map)
  16. Menggunakan domain “uthm.edu.my”.
  17. Menyatakan notis hak cipta. Cth: copyright @ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  18. Dimestikan untuk menyediakan hyperlink ke laman web UTHM (http://www.uthm.edu.my)
  19. Menyatakan tarikh kemaskini di muka hadapan
  20. Menyatakan saiz paparan dan browser terbaik yang boleh digunakan
  21. Maklumat Utama
  • Visi
  • Misi
  • Fungsi
  • Carta Organisasi
  • Senarai Staf
  • Lokasi
  • Penyelidikan dan Penerbitan (PTj/Falkulti yang berkaitan)
  • Kemudahan/ Perkhidmatan (PTj yang berkaitan)
  • Keistimewaan/ Keunikan yang boleh menarik pelanggan bagi meningkatkan trafik capaian. (Perkara berkaitan sahaja)

GARIS PANDUAN REKABENTUK GRAFIK DAN PEMBANGUNAN

1 Pelayan Web (Server)

• Perkhidmatan ‘host’ adalah disediakan oleh pihak PTM di mana pihak PTM bertanggungjawab dalam menyedia dan menyelenggara perkakasan dan perisian termasuk memberi khidmat latihan kepada pengguna serta urusan berkaitan teknikal.
• Walaubagaimanapun PTj juga bertanggungjawab terhadap perisian dan aplikasi web yang digunakan.

2 Domain menggunakan domain UTHM : SingkatanNamaPTj.uthm.edu.my

3 Pembangunan Aplikasi Web
a. Penggunaan konsep CMS (Sistem Pengurusan Kandungan) Joomla adalah digalakan.
b. Saiz dan Rekabentuk ‘template’ adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan
c. Window Title NamaPTJ, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

4. Tag Meta
Ringkasan(Description) dan kata kunci(Keyword) yang sesuai hendaklah dimasukkan pada permulaan fail (index.html) bagi membolehkan ianya dikesan oleh enjin carian. (gunakan keyword yang tepat dan popular)

5. Penggunaan Frame/ Flash /JAVA
Hendaklah dielakkan bagi memastikan enjin carian dapat menyenaraikan laman web PTj dengan sempurna

6. Menu
Pastikan susun atur menu adalah sesuai dan mudah dicapai oleh pengguna.

7. Penggunaan icon/sign
Icon/sign yang digunakan hendaklah memberi makna yang jelas dan difahami oleh pengguna.

8. Penggunaan warna
• Penggunaan warna korporat adalah digalakkan :
- PTj menggunakan standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Laman Web.
• Penggunaan warna yang berlebihan adalah tidak digalakan.

9. Grafik boleh digunakan di tempat-tempat yang perlu dan sesuai tetapi tidak secara berlebih-lebihan kerana melambatkan proses pemaparan dan setengah penyemak imbas tidak dapat memaparkan grafik dengan sempurna.
(Pastikan ujilari setiap paparan dapat dibuka kurang adripada 2 saat)

10. Pilihan ‘alt’ perlu digunakan untuk pelanggan yang menggunakan penyemak imbas teks.

11. Teknik imej ringkas boleh digunakan untuk memberi pilihan kepada pelanggan untuk melihat imej dalam saiz sebenar atau sebaliknya

12. Rekabentuk dokumen yang konsisten untuk keselesaan pelanggan.

13. PAPARAN LOGO UTHM

• Penggunaan logo hendaklah sama sebagaimana gambar yang dipaparkan.
• Penggunaan attribute grafik yang boleh merubah warna dan bentuk adalah tidak dibenarkan.
• Logo hendaklah diletakkan dibahagian atas sebelah kiri dan diikuti nama PTj/Fakulti

14. Saiz dan Rekabentuk Template adalah sebagaimana piawaian yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh jawatankuasa laman web universiti

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMEN (TEKS KANDUNGAN)

1. Dokumen hendaklah ringkas & padat, disediakan dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk laman web.

2. Tajuk dokumen hendaklah bersesuaian supaya boleh dikesan oleh enjin carian. Kata kunci dan penerangan ringkas kandungan dokumen web perlu dimasukkan pada permulaan fail html.

Contoh:

<title>International Conference BSE '09</title>
<meta name="description" content="Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) under Faculty of Civil and Environmental Engineering (FKAAS) is announcing its upcoming international conference to be held in 14-15 December 2009.." />
<meta name="keywords" content="fkaas international conference, green, construction, indoor, environment, civil, fkaas, international, conference, bse, sustainable, infrastructure, construction, landscape, architecture, sustainability" />


3. Setiap dokumen web hendaklah disahkan dan disertakan nama pengarang dan alamat emel. Jika dilindungi hak cipta nyatakan.

4. Setiap bahan hebahan perlu disunting oleh web editor PTj dan disahkan oleh Pengerusi Web di PTj.
Pentadbir web PTj hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Komunikasi Korporat universiti terlebih dahulu sebelum menerbitkan sebarang bentuk artikel.

5. Status dokumen web perlu dinyatakan termasuklah tarikh.

6. Nyatakan sumber asal rujukan maklumat jika ada.

7. Setiap dokumen hendaklah disambung pada muka utama untuk memudahkan pelayaran.

8. Penggunaan hiperangkaian hendaklah bermakna.

9. Dokumen web pilihan yang mengandungi teks sahaja perlu disediakan bagi kemudahan pelanggan yang tidak memerlukan grafik.

LARANGAN

1. Menyebarkan perkara yang tiada kaitan dengan universiti
2. Memaparkan isu sensitif spt isu agama, politik dan perkauman
3. Mengiklankan perkhidmatan yang diiklankan oleh pihak luar (kecuali dengan kebenaran) seperti pengimbas web, pembekal perkhidmatan dsb.
4. Memaparkan kenyataan yang menjejaskan imej
5. Memaparkan perkara yang tidak beretika seperti porno atau berunsur lucah.
6. Menggunakan ’trademark’ atau populariti individu tertentu tanpa kebenaran.

PEMANTAUAN

1. PTj adalah bertangungjawab dalam memastikan maklumat yang disalurkan adalah betul dan terkini.
2. Semakan dari semasa ke semasa hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pautan-pautan setiap halaman berfungsi dengan baik.
3. Segala maklumbalas/pertanyaan pengguna hendaklah diselesaikan sebaik sahaja ia diterima.
4. Menganalisa trafik capaian ke halaman web bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan maklumat dan perkhidmatan yang disalurkan.
5. Mempromosikan laman web supaya kewujudannya disedari di arena global.
6. PTj adalah digalakkan untuk mendaftarkan laman web masing-masing di enjin pencari seperti yahoo, google, live search, exalead dan sebagainya


RUJUKAN

1. Garis Panduan Laman Web MAMPU (external link)
2. Polisi ICT UTHM
3. Jawatankuasa Laman Web UTHM